Sunday, January 4, 2015

Kelana


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat.

Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan.

Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Aku melihat air yang tenang bertakung,

mencemar kandungannya sendiri. Sekiranya ia mengalir, ia akan baik.

Sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.


Syair Imam Syafie


No comments:

Post a Comment